Sabtu, 18 Disember 2010

JOM SEMUA...................



Mari Semua kita penuhkan S
tadium Nasional Bukit Jalil




Mari semua rakyat Malaysia memenuhi Stadium Bukit Jalil

Pada : 26. Disember. 2010

memberi sokongan padu pada pasukan Malaysia...
Ayuh !!!!!!

Malaysia Vs Indonesia

Tanamkan tekad,
bersatu padu...
bersama-sama menaikan nama Malaysia
dengan memberi sokongan

Khamis, 9 Disember 2010

Harimau kembali menggaum...

Ayuh Mari Semua ke Stadium Bukit Jalil

pada 15.12.2010


Mari kita memberi sokongan pada Pasukan Malaysia

Kembali menggaum.

Penuhkan Stadium mengingatkan pada kegemilangan lalu

serlahkan taring mu yang bersinar...

Peminat menanti perjuangan yang sebenar.....













Selasa, 30 November 2010

Suzuki Cup

Suzuki Cup





Klick


Ayuh Malaysia, berjuang ke titisan akhir.
Doa rakyat Malaysia sentiasa bersama
Tanamkan Keazaman
tekadkan perjuangan'
'Malaysia Boleh'

Jumaat, 26 November 2010

Hujan emas di negeri orang

Hujan batu di negeri sendiri



Braden Gan pemain paling bernilai di Kelab Sydney FC berminat ingin menyarung jersi Hitam Kuning.
Bapanya kelahiran Negeri Sembilan telah bermastautin di Australia.

Adakah FAM akan menerima Braden seperti mana berlaku di Perancis, Pemain kelahiran Maghribi sanggup mewakili maghribi sedang beliau mewakili Perancis dalam skuad remaja.

Apa yang terjadi pada titus



Selasa, 16 November 2010

Islam dihina di malaysia!




ISLAM DI HINA DI MALAYSIA!!!

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

Isnin, 15 November 2010

Perjuangan belum berakhir






Walaupun Malaysia tumpas 1-3 dengan Iran pemain Harimau Muda mempunyai semangat juang yang tinggi. Banyak yang perlu diperbaiki.. Harimau perlu perbaiki dari segi fizikal, rohani dan jasmani. Masih banyak perlu diperbaiki.


Malaysia Boleh!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ahad, 14 November 2010

PenentuanHari Bersejarah

Harimau Muda Vs Iran

















Walaupun Harimau Muda tempang kerana dek pengadil yang paling bangang tetapi masih mempunyai taring yang berbisa. HM dibarisi 15 pemain dgn 2 penjaga gol.... Kami penyokong Harimau Muda sentiasa berada dibelakang memberi sokongan..

Nadi Arena
4.00 pm
bersama kita tanpa kira kaum memberi sokongan




p/s arkib Hangpc hangpc jr

Reff PALING BEBAL















Reff yang berasal dari Australia bagaikan bukan taraf pengadil FiFA

klick

Rabu, 10 November 2010

Sekelumit cerita tentang darurat

 
Buat generasi m
ARKIB : 20/12/2009 Novel menentang komunis  
Oleh Dr.Talib Samat (dr.talibsa...@yahoo.com)


                Membaca tulisan Ku Seman Ku Hussain berjudul
Dosa Komunis Tidak Diampun dalam  Mingguan Malaysia   

6 Disember lalu menarik perhatian saya. Saya juga

bersetuju jika bekas Setiausaha Agung Parti Komunis

Malaya, Chin Peng tidak dibenarkan balik ke Malaysia berdasarkan

sejarah kekejaman komunis pada era sebelum

dan selepas merdeka. Sekiranya ditelusuri sejarah

kesusasteraan Melayu sebenarnya banyak novel-novel

Melayu yang menggambarkan penentangan masyarakat negara

ini terhadap kekejaman dan kezaliman pengganas

komunis terhadap rakyat,tentera dan polis negara ini.

Pelbagai penulis novel seperti Usman Awang,

Zaharah Nawawi, Hassan Ali, Zakaria Salleh,

Maznan Noordin,Nora,Mohd. Radzi Abd. Hamid dan

sebagainya banyak menulis novel tentang era zaman.

Darurat sekitar tahun 1948-1960 dan era seterusnya

tentang penentangan terhadap kekejaman komunis.

Perjuangan, penderitaan dan kesengsaraan pada zaman

darurat itu juga mencetuskan ilham dan idea kepada

kaum penulis, seniman dan karyawan untuk menggarap,

mencerna, menterjemah dan melukis gambaran

keadaan dan peristiwa itu dalam karya ciptaan mereka.

Novel Tugu karya Hasan Ali terbitan Penerbitan

Abbas Bandong, Melaka pada tahun 1965 dan diterbitkan

semula oleh DBP pada tahun 1985 berusaha menggambarkan

suasana kehidupan zaman Darurat angkara pengganas

komunis. Novel Tugu berlatarkan perjuangan pasukan polis

khas untuk mempertahankan keselamatan dan maruah negara

ketika diancam dan dicerobohi oleh pengganas komunis

pada zaman darurat yang penuh dengan peristiwa tragis

bagi generasi terdahulu yang pernah mengalaminya.

Novel ini mengandungi 31 bab yang menggambarkan kehebatan,

kegigihan, keberanian danpengalaman anggota polis khas

pada zaman Darurat menentang ancaman pengganas

komunis yang tidak henti-hentinya menimbulkan kesusahan

kepada rakyat. Sungguhpun anggota-anggota polis khas ini

bekerja keras untuk menjaga keselamatan tanah air,

hidup mereka sendiri tidak mendapat perhatian dan pembelaan

sewajarnya daripada pihak pemerintah. Mereka ditugaskan

menjaga keselamatan buruh-buruh estet dan pekerja-pekerja lombong

daripada serangan pengganas komunis tetapi

pembayaran gaji dan kemudahan-kemudahan hidup yang diterima

tidak setimpal dengan pengorbanan yang mereka curahkan.

Bukanlah ertinya gaji mendapat perhatian utama mereka

Bekerja sebagai polis khas tetapi layanan buruk penjajah Inggeris

amatlah mengecewakan.

Manakala novel Ufuk Timur karya Nora

(Haji Ali Haji Ahmad) terbitan Utusan Publications

and Distributors menggambarkan penderitaan

penduduk Sungai Mati, Muar, Johor akibat pendudukan

dan kekejaman tentera Jepun. Sesudah tentera Jepun

menyerah diri, pengganas komunis atau Bintang Tiga

digambarkan dalam novel ini mengganas dan membunuh

orang Melayu di Sungai Mati, Muar, Johor. Watak dalam

novel ini, Lebai Fakih teringat mimpi Mahaguru Fakri

tentang cendawan-cendawan berkepala merah tumbuh

mercup di halaman rumahnya dan anak-anak buahnya

memotong dan menebas kepala-kepala merah itu dengan

parang panjang. Ada digambarkan dalam novel ini,Komunis

Bintang Tiga berkuasa di Pekan Sungai Mati, Tuk Penghulu

Nadim dibunuh komunis dan Tan Heng muncul sebagai

penghulu Sungai Mati. Ketua komunis itu menyeksa

orang-orang kampung sesuka hatinya. Watak Badar

berpadu tenaga bersama Mahaguru Fakri, Lebai Fakih

dan anak-anak buahnya untuk menuntut bela di atas

kematian orang-orang Melayu yang dibunuh secara kejam

oleh pengganas komunis di Sungai Mati, Muar dan daerah-daerah

lain di Johor.

Perjuangan Manakala dalam novel

Panglima Salleh Selempang Merah (terbitan DBP)

karya Zaharah Nawawi digambarkan sejarah perjuangan

Panglima Salleh Selempang Merah atau disebut juga di Johor

sebagai Kiyai Salleh dan orang-orang Melayu di Batu Pahat, Johor

dalam memerangi keganasan pengganas komunis yang banyak

membunuh dan menyeksa orang-orang Melayu di Batu Pahat,

Johor. Gambaran kreatif dan proaktif Zaharah Nawawi terhadap

perjuangan Panglima Salleh Selempang Merah memerangi

keganasan pengganas komunis di Batu Pahat, Johor dalam

novel ini hidup dan meyakinkan. Generasi Malaysia sekarang

yang sudah buta sejarah dan tidak mengetahui kekejaman komunis

terhadap rakyat negara ini. Mereka wajib membaca novel sejarah ini

untuk memahami kekejaman komunis dan usaha-usaha serius

Panglima Salleh Selempang Merah dan orang-orang Melayu memerangi

mereka dengan semangat jihad.

Gambaran kekejaman komunis dan perjuangan gagah berani
anggota polis memerangi mereka digambarkan dengan jelas,kreatif  

dan berkesan dalam novel Bukit Kepong (terbitan DBP)karya lsmail Johari.

Novel ini berdasarkan kisah benar yang berlaku di Bukit Kepong, Lenga,

Muar, Johor. Peristiwa tragis di Bukit Kepong ini sudah difilemkan oleh

Tan Sri Jins Shamsuddin suatu ketika dulu.


Sasterawan Negara Usman Awang juga ada menulis

novel Tulang-Tulang Berserakan berasaskan pengalamannya

sebagai anggota polis menerusi watak Leman dalam operasi

memburu pengganas komunis di Melaka yang penuh dan sarat

dengan kisah-kisah kemanusiaan yang menarik dibaca semula

oleh generasi hari ini yang tidak mengalami zaman Darurat

dan kekejaman komunis serta pengorbanan pasukan keselamatan.

Mejar (B) Zakaria Salleh juga banyak menghasilkan novel

ketenteraan yang menggambarkan operasi pasukan tentera

menggempur sarang-sarang komunis ,kematian dan kecederaan

yang dialami mereka. Hal ini ketara dalam novel-novelnya seperti

Limpahan Darah di Sungai Semur,Pahlawan Gubir, Malam Berapi

di Kalabakan, dan sebagainya.

Novel Limpahan Darah di Sungai Semur karya

Zakaria ini merupakan kisah benar yang bertemakan

keperwiraan perajurit negara semasa Perang Dunia Kedua

dan zaman Darurat (1948-1960). Antara wira-wira dalam novel

itu termasuklah Sarjan Jamaluddin, Leftenan Hassan bin Yassin,

Lans Koperal Abdul Wahab, Mohd .Isa,Ibrahim bin Awang

dan banyak lagi yang telah gugur dalam usaha mempertahankan tanah air.

Manakala Maznan Noordin yang merupakan bekas

tentera juga ada menghasilkan novel Kanang Anak Langkau yang

berjuang memerangi pengganas komunis sehingga terkena jerangkap

samar yang dipasang oleh pengganas komunis yang mencacatkan anggotanya.

Di samping itu seorang pegawai tentera,

Lt.Kol. Mohd.Radzi Abd.Hamid juga menghasilkan novel perang

berjudul Platun Harimau: Dalam Misi Hutang Darah Dibayar Darah

terbitan DBP(2009) juga menggambarkan kehebatan perjuangan Rejimen

Askar Melayu Diraja(RAMD)memerangi pengganas komunis.

Sejarah mencatatkan Rejimen Askar Melayu Diraja merupakan antara

pasukan Tentera Darat tertua yang telah terlibat dalam banyak operasi

dan amat digeruni pengganas komunis. Namun, sekitar tahun 1980-an,

pasukan ini menerima tentangan hebat pengganas komunis. Dalam dua

operasi yang dijalankan, 16 orang anggota terbunuh ketika bertempur dengan

pasukan khas komunis,Black Jacket. Bagi pasukan Tentera Darat,

hanya Platun Harimau yang layak menentang Black Jacket demi membela

kematian 16 orang perajurit. Leftenan Fauzi dan Platun Harimau

mula memburu Black Jacket yang diketuai Chong Woo. Ibarat buku

bertemu dengan ruas,hanya pengalaman, kepakaran, kebijaksanaan

,kreativiti dan nasib yang menentukan dendam siapa yang berbalas.

Novel Platun Harimau:Dalam Misi Hutang Darah Dibayar Darah

menggambarkan secara kreatif operasi menumpaskan pengganas

komunis kumpulan Black Jacket pimpinan Chong Woo.

Di samping itu dalam novel Tenang Dalam Gelora

terbitan Goal Intelligent publishing Sdn.Bhd.(2007) juga ada

digambarkan penglibatan ejen komunis dalam peristiwa

konfrontasi tentera Indonesia di Felda Tenang dan

Kampung Tenang, Segamat, Johor pada era 1960-an.

Daerah Segamat Utara merupakan kawasan hitam dan

tempat berkumpulnya pengganas komunis pada

zaman Darurat dan itulah yang mendorong pencerobohan

tentera Indonesia ketika itu yang menghadapi tentangan hebat

daripada askar Melayu sebelum mereka ditumpaskan sepenuhnya.

Sebenarnya masih banyak kisah-kisah perjuangan gagah

berani memerangi pengganas komunis tidak ditulis oleh para

penulis khususnya bekas tentera, polis atau home guard. Ada baiknya

usaha-usaha menulis kisah itu ditulis dan diterbitkan dalam

bentuk buku atau novel untuk diketahui oleh generasi kini dan

akan datang. Contohnya kisah kekejaman komunis membakar

balai polis Kuala Krau, Pahang belum dibukukan lagi dan kisahnya

sama hebat dengan peristiwa Bukit Kepong di Johor.

Begitu juga novel-novel patriotik seperti yang dibicarakan

di atas wajar dijadikan teks KOMSAS atau teks kesusasteraan.

Tujuannya agar pelajar di peringkat sekolah lagi boleh mengetahui

kekejaman pengganas komunis agar tidak buta sejarah sebagai

persediaan menghadapi suasana hidup yang lebih mencabar

pada masa akan datang.

P/s

ini adalah ulasan yang perlu generasi membaca dan memahami

tentang kekejaman komunis. saya menyokong kerajaan menjadikan

mata pelajaran lulus.




Selasa, 9 November 2010

Mesti baca!!!! Beringat sebelum badai melanda....



Cuba anda fikirkan situasi dibawah:

1- Katakan saudara anda ingin meminjam RM50k utk menampung kos rawatan pembedahan jantungnya,adakah anda dapat membantu mereka?bayangkan situasi yg sebaliknya berlaku,adakah anda fikir mereka dapat membantu anda juga........

2-katakan berlaku kematian kepada saudara anda,adakah anda dapat menampung perbelanjaan anak2 saudara anda utk hidup?bayangkan situasi yg sebaliknya berlaku,adakah anda fikir mereka dapat membantu anak2 anda juga........

3-katakan anda melakukan simpanan setiap bulan ketika ini,adakah anda fikir anda boleh melakukan simpanan lagi sekiranya anda tidak mampu bekerja lagi disebabkan anda ditimpa sakit kronik?

kami memiliki plan yg fleksibel utk mengurangkan risiko kewangan anda sekiranya ditimpa musibbah.seperti pampasan kematian/penyakit kronik dan hilang upaya kekal.disamping dibekalkan medical card utk menampung bil2 hospital anda dan juga simpanan jangka panjang utk pendidikan anak2 anda kelak.sila hubungi saya utk keterangan lanjut.

"BERSAMA MEMBANTU UMMAH"


Karmizan Bin Karim
Wealth Planner
0125369030
Etiqa Takaful

Sabtu, 23 Oktober 2010

Kekejaman Komunis

Kemaluannya disumbat ke mulut...

Tragedi yang berlaku merupakan serangan hendap paling ngeri berlaku ketika operasi di hutan Jelondong, Jelebu. Kejadian yang berlaku pada 16 April 1951 di hutan tersebut, jelas mempamerkan sikap kejam, keperongosan dan kebiadapan keterlaluan militan komunis cina terhadap mayat 7 orang Askar Melayu, selepas mereka semua dibunuh. Mangsa yang terkorban dicincang lumat, sehingga tidak dapat dikenalpasti identiti mereka, hinggakan kesemuanya terpaksa dikebumikan di tempat kejadian. Hanya sekitar 1980an, barulah kubur kesemua mangsa dipindahkan ke makam pahlawan Askar Melayu, Port Dickson.

Menerusi buku "Askar Melayu 50 Tahun", Tan Sri Abdul Samad Idris cuba menggambarkan peristiwa yang berlaku di hutan Jelondong ketika itu;

"...Apabila sampai di sebatang anak sungai, tersepit antara dua bukit, Perajurit Yunus nampak kesan-kesan beras hanyut di dalam air. Ini menunjukkan ada orang bertanak nasi telah membasuh beras di situ. Beliau segera melaporkan perkara itu kepada Leftenan Nayan.

Bagaimanapun Leftenan Nayan mengarahkan 'leading scout' itu mara ke hadapan sedikit. Sebaik saja Perajurit Yunus maju ke hadapan, kira-kira 100 orang pengganas komunis telah melepaskan tembakan. Mereka menggunakan kabain, telah mengepung kedudukan Askar Melayu. Disebabkan musuh terlalu ramai, keadaan menjadi kelam kabut. Leftenan Nayan mengambil keputusan berundur sahaja, tetapi tidak dapat mengumpulkan orang-orangnya secara serentak.

Kira-kira jam 5 petang, Leftenan Nayan berjaya melepaskan diri ke sebelah hilir Kampung Seperi bersama Perajurit Umar yang cedera terkena tembakan pada bahagian punggungnya. Perajurit 5087 Yusuff yang sedang bercuti, terkejut dengan peristiwa yang menimpa rakan platunnya, telah meminta orang-orang kampung di situ memberikan pertolongan. Tuan Haji Shamsuri (ayah kepada Perajurit Yusuff) telah memberikan kain sarung untuk mengusung Perajurit Umar untuk dibawa ke kampung.

Sehingga jam 8.30 malam, 2 orang lagi perajurit berjaya keluar ke kampung menyeberang sawah sampai ke kawasan sekolah di sebelah hulu kampung. Mereka terpaksa bersembunyi di hutan sebelum lari keluar kerana telah diekori oleh komunis. Apabila sampai di kampung, kedudukan mereka selamat (*ini merupakan bukti bahawa penduduk-penduduk di Jelondong tidak pernah bersubahat dengan komunis sebagaimana yang didakwa oleh komunis cina).

Tiga hari kemudian, 2 orang lagi Askar Melayu dapat keluar ke Pekan Titi dalam keadaan cedera. Mereka yang terselamat daripada serangan hendap telah bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Setelah tiga hari berlalu, barulah diketahui bahawa 10 daripada 17 orang pasukan platun itu telah terselamat, walaupun sebahagian besarnya mengalami kecederaan.

Seminggu kemudian, usaha mencari mereka yang terkorban dimulakan dengan bantuan gerison di Port Dickson. Mayat Askar Melayu seramai 7 orang itu ditemui jauh dari tempat kejadian. Sama ada mereka diheret ke situ oleh komunis, atau ditemui pihak pengganas sewaktu mahu melarikan diri seperti kawan-kawannya yang lain, tidaklah diketahui.

Keadaan mayat yang ditemui itu sangatlah mengerikan. Anggota badannya dipotong pendek atau boleh dikatakan dicincang. Kemaluannya disumbatkan ke dalam mulut; biji mata dicungkil, kulit kepalanya dikoyakkan hingga terdedah tengkorak. Demikianlah kejamnnya komunis dalam kejadian di Hutan Jelondong, Jelebu pada 16 April 1951 itu."

Kekejaman komunis ke atas mangsanya di hutan Jelondong adalah peristiwa pertama seumpamanya berlaku dalam sejarah darurat di negara ini. Justeru Negeri Sembilan ketika itu diwartakan sebagai negeri yang terdedah kepada ancaman komunis paling ganas di zaman darurat. Berikut merupakan senarai mangsa kekejaman serangan hendap komunis di hutan Jelondong:-

1. Koperal 2018 Abdul Hamid (signaller)
2. Perajurit 4576 Ali bin Talib
3. Perajurit 4676 Don bin Dahan
4. Perajurit 4573 Ismail bin Yusuff
5. Perajurit 3711 Mahmud bin Muhammad
6. Perajurit 5487 Abdul Hamid
7. Perajurit 3247 Ahmad bin Kudus

Semoga roh kesemua Askar Melayu yang menjadi mangsa kekejaman komunis, ditempatkan dikalangan orang-orang yang beroleh rahmat Allah swt. Al-Fatihah.


Selasa, 19 Oktober 2010

Pemimpin Pas......

Nik Aziz sudah terlalu takbur

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.

"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.

"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.

Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.

Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.

Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.

"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.

"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.

"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.

Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.

Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.

"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.

"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.

Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

sumber: Hafiz handasah