Buat generasi m
ARKIB : 20/12/2009 Novel menentang komunis
Oleh Dr.Talib Samat (dr.talibsa...@yahoo.com)
Membaca tulisan Ku Seman Ku Hussain berjudul
Dosa Komunis Tidak Diampun dalam Mingguan Malaysia
6 Disember lalu menarik perhatian saya. Saya juga
bersetuju jika bekas Setiausaha Agung Parti Komunis
Malaya, Chin Peng tidak dibenarkan balik ke Malaysia berdasarkan
sejarah kekejaman komunis pada era sebelum
dan selepas merdeka. Sekiranya ditelusuri sejarah
kesusasteraan Melayu sebenarnya banyak novel-novel
Melayu yang menggambarkan penentangan masyarakat negara
ini terhadap kekejaman dan kezaliman pengganas
komunis terhadap rakyat,tentera dan polis negara ini.
Pelbagai penulis novel seperti Usman Awang,
Zaharah Nawawi, Hassan Ali, Zakaria Salleh,
Maznan Noordin,Nora,Mohd. Radzi Abd. Hamid dan
sebagainya banyak menulis novel tentang era zaman.
Darurat sekitar tahun 1948-1960 dan era seterusnya
tentang penentangan terhadap kekejaman komunis.
Perjuangan, penderitaan dan kesengsaraan pada zaman
darurat itu juga mencetuskan ilham dan idea kepada
kaum penulis, seniman dan karyawan untuk menggarap,
mencerna, menterjemah dan melukis gambaran
keadaan dan peristiwa itu dalam karya ciptaan mereka.
Novel Tugu karya Hasan Ali terbitan Penerbitan
Abbas Bandong, Melaka pada tahun 1965 dan diterbitkan
semula oleh DBP pada tahun 1985 berusaha menggambarkan
suasana kehidupan zaman Darurat angkara pengganas
komunis. Novel Tugu berlatarkan perjuangan pasukan polis
khas untuk mempertahankan keselamatan dan maruah negara
ketika diancam dan dicerobohi oleh pengganas komunis
pada zaman darurat yang penuh dengan peristiwa tragis
bagi generasi terdahulu yang pernah mengalaminya.
Novel ini mengandungi 31 bab yang menggambarkan kehebatan,
kegigihan, keberanian danpengalaman anggota polis khas
pada zaman Darurat menentang ancaman pengganas
komunis yang tidak henti-hentinya menimbulkan kesusahan
kepada rakyat. Sungguhpun anggota-anggota polis khas ini
bekerja keras untuk menjaga keselamatan tanah air,
hidup mereka sendiri tidak mendapat perhatian dan pembelaan
sewajarnya daripada pihak pemerintah. Mereka ditugaskan
menjaga keselamatan buruh-buruh estet dan pekerja-pekerja lombong
daripada serangan pengganas komunis tetapi
pembayaran gaji dan kemudahan-kemudahan hidup yang diterima
tidak setimpal dengan pengorbanan yang mereka curahkan.
Bukanlah ertinya gaji mendapat perhatian utama mereka
Bekerja sebagai polis khas tetapi layanan buruk penjajah Inggeris
amatlah mengecewakan.
Manakala novel Ufuk Timur karya Nora(Haji Ali Haji Ahmad) terbitan Utusan Publications
and Distributors menggambarkan penderitaan
penduduk Sungai Mati, Muar, Johor akibat pendudukan
dan kekejaman tentera Jepun. Sesudah tentera Jepun
menyerah diri, pengganas komunis atau Bintang Tiga
digambarkan dalam novel ini mengganas dan membunuh
orang Melayu di Sungai Mati, Muar, Johor. Watak dalam
novel ini, Lebai Fakih teringat mimpi Mahaguru Fakri
tentang cendawan-cendawan berkepala merah tumbuh
mercup di halaman rumahnya dan anak-anak buahnya
memotong dan menebas kepala-kepala merah itu dengan
parang panjang. Ada digambarkan dalam novel ini,Komunis
Bintang Tiga berkuasa di Pekan Sungai Mati, Tuk Penghulu
Nadim dibunuh komunis dan Tan Heng muncul sebagai
penghulu Sungai Mati. Ketua komunis itu menyeksa
orang-orang kampung sesuka hatinya. Watak Badar
berpadu tenaga bersama Mahaguru Fakri, Lebai Fakih
dan anak-anak buahnya untuk menuntut bela di atas
kematian orang-orang Melayu yang dibunuh secara kejam
oleh pengganas komunis di Sungai Mati, Muar dan daerah-daerah
lain di Johor.
Perjuangan Manakala dalam novel Panglima Salleh Selempang Merah (terbitan DBP)
karya Zaharah Nawawi digambarkan sejarah perjuangan
Panglima Salleh Selempang Merah atau disebut juga di Johor
sebagai Kiyai Salleh dan orang-orang Melayu di Batu Pahat, Johor
dalam memerangi keganasan pengganas komunis yang banyak
membunuh dan menyeksa orang-orang Melayu di Batu Pahat,
Johor. Gambaran kreatif dan proaktif Zaharah Nawawi terhadap
perjuangan Panglima Salleh Selempang Merah memerangi
keganasan pengganas komunis di Batu Pahat, Johor dalam
novel ini hidup dan meyakinkan. Generasi Malaysia sekarang
yang sudah buta sejarah dan tidak mengetahui kekejaman komunis
terhadap rakyat negara ini. Mereka wajib membaca novel sejarah ini
untuk memahami kekejaman komunis dan usaha-usaha serius
Panglima Salleh Selempang Merah dan orang-orang Melayu memerangi
mereka dengan semangat jihad.
Gambaran kekejaman komunis dan perjuangan gagah berani
anggota polis memerangi mereka digambarkan dengan jelas,kreatif dan berkesan dalam novel Bukit Kepong (terbitan DBP)karya lsmail Johari.
Novel ini berdasarkan kisah benar yang berlaku di Bukit Kepong, Lenga,
Muar, Johor. Peristiwa tragis di Bukit Kepong ini sudah difilemkan oleh
Tan Sri Jins Shamsuddin suatu ketika dulu.
Sasterawan Negara Usman Awang juga ada menulis
novel Tulang-Tulang Berserakan berasaskan pengalamannya
sebagai anggota polis menerusi watak Leman dalam operasi
memburu pengganas komunis di Melaka yang penuh dan sarat
dengan kisah-kisah kemanusiaan yang menarik dibaca semula
oleh generasi hari ini yang tidak mengalami zaman Darurat
dan kekejaman komunis serta pengorbanan pasukan keselamatan.
Mejar (B) Zakaria Salleh juga banyak menghasilkan novel
ketenteraan yang menggambarkan operasi pasukan tentera
menggempur sarang-sarang komunis ,kematian dan kecederaan
yang dialami mereka. Hal ini ketara dalam novel-novelnya seperti
Limpahan Darah di Sungai Semur,Pahlawan Gubir, Malam Berapi
di Kalabakan, dan sebagainya.
Novel Limpahan Darah di Sungai Semur karya
Zakaria ini merupakan kisah benar yang bertemakan
keperwiraan perajurit negara semasa Perang Dunia Kedua
dan zaman Darurat (1948-1960). Antara wira-wira dalam novel
itu termasuklah Sarjan Jamaluddin, Leftenan Hassan bin Yassin,
Lans Koperal Abdul Wahab, Mohd .Isa,Ibrahim bin Awang
dan banyak lagi yang telah gugur dalam usaha mempertahankan tanah air.
Manakala Maznan Noordin yang merupakan bekas
tentera juga ada menghasilkan novel Kanang Anak Langkau yang
berjuang memerangi pengganas komunis sehingga terkena jerangkap
samar yang dipasang oleh pengganas komunis yang mencacatkan anggotanya.
Di samping itu seorang pegawai tentera,
Lt.Kol. Mohd.Radzi Abd.Hamid juga menghasilkan novel perang
berjudul Platun Harimau: Dalam Misi Hutang Darah Dibayar Darah
terbitan DBP(2009) juga menggambarkan kehebatan perjuangan Rejimen
Askar Melayu Diraja(RAMD)memerangi pengganas komunis.
Sejarah mencatatkan Rejimen Askar Melayu Diraja merupakan antara
pasukan Tentera Darat tertua yang telah terlibat dalam banyak operasi
dan amat digeruni pengganas komunis. Namun, sekitar tahun 1980-an,
pasukan ini menerima tentangan hebat pengganas komunis. Dalam dua
operasi yang dijalankan, 16 orang anggota terbunuh ketika bertempur dengan
pasukan khas komunis,Black Jacket. Bagi pasukan Tentera Darat,
hanya Platun Harimau yang layak menentang Black Jacket demi membela
kematian 16 orang perajurit. Leftenan Fauzi dan Platun Harimau
mula memburu Black Jacket yang diketuai Chong Woo. Ibarat buku
bertemu dengan ruas,hanya pengalaman, kepakaran, kebijaksanaan
,kreativiti dan nasib yang menentukan dendam siapa yang berbalas.
Novel Platun Harimau:Dalam Misi Hutang Darah Dibayar Darah
menggambarkan secara kreatif operasi menumpaskan pengganas
komunis kumpulan Black Jacket pimpinan Chong Woo.
Di samping itu dalam novel Tenang Dalam Gelora
terbitan Goal Intelligent publishing Sdn.Bhd.(2007) juga ada
digambarkan penglibatan ejen komunis dalam peristiwa
konfrontasi tentera Indonesia di Felda Tenang dan
Kampung Tenang, Segamat, Johor pada era 1960-an.
Daerah Segamat Utara merupakan kawasan hitam dan
tempat berkumpulnya pengganas komunis pada
zaman Darurat dan itulah yang mendorong pencerobohan
tentera Indonesia ketika itu yang menghadapi tentangan hebat
daripada askar Melayu sebelum mereka ditumpaskan sepenuhnya.
Sebenarnya masih banyak kisah-kisah perjuangan gagah
berani memerangi pengganas komunis tidak ditulis oleh para
penulis khususnya bekas tentera, polis atau home guard. Ada baiknya
usaha-usaha menulis kisah itu ditulis dan diterbitkan dalam
bentuk buku atau novel untuk diketahui oleh generasi kini dan
akan datang. Contohnya kisah kekejaman komunis membakar
balai polis Kuala Krau, Pahang belum dibukukan lagi dan kisahnya
sama hebat dengan peristiwa Bukit Kepong di Johor.
Begitu juga novel-novel patriotik seperti yang dibicarakan
di atas wajar dijadikan teks KOMSAS atau teks kesusasteraan.
Tujuannya agar pelajar di peringkat sekolah lagi boleh mengetahui
kekejaman pengganas komunis agar tidak buta sejarah sebagai
persediaan menghadapi suasana hidup yang lebih mencabar
pada masa akan datang.
P/s
ini adalah ulasan yang perlu generasi membaca dan memahami
tentang kekejaman komunis. saya menyokong kerajaan menjadikan
mata pelajaran lulus.
Rabu, 10 November 2010
Sekelumit cerita tentang darurat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan