Rabu, 19 Januari 2011

Jahanam

Musibat-musibat yang buat Onar kat Malaysia




Malaysiakini buat sekian kalinya meneruskan peranan mereka dengan berkesan bagi mempengaruhi rakyat untuk membenci kepimpinan Melayu Islam di Negara ini. Terbaru, mereka menyiarkan komen-komen pembaca (sini) mengenai isu ayam mati (sini) yang aku percaya semuanya adalah musibat-musibat yang tidak tahu mengenai selok belok permainan politik.

Pihak polis masih dalam siasatan untuk menangkap siapa dalang yang meletakkan ayam mati di premis ADUN Serdang berkenaan tetapi musibat-musibat ini dengan sesuka hatinya mengeluarkan komen yang bukan setakat menghina kerajaan tetapi yang paling aku panas hati, komen-komen berkenaan sehingga ke tahap menghina Rasulullah dan Islam.

Tidak tahukah musibat-musibat ini bahawa ayam mati yang digantung itu berkemungkinan digantung oleh puak-puak DAP sendiri yang bukan beragama Islam? Atau mungkin juga orang PKR yang sememangnya licik dalam permainan politik jahat yang melakukannya? Bagaimana musibat-musibat ini tahu bahawa tindakan berkenaan dilakukan oleh seorang Islam? Adakah ianya hanya disebabkan ada perkataan JIHAD di dalam tulisan berkenaan? Bodoh!

Aku percaya musibat-musibat ini bangang dan tidak tahu apa pun mengenai ilmu politik. Mereka tidak tahu bahawa perbuatan berkenaan mungkin dilakukan sendiri oleh puak-puak pembangkang (baca pembangang) untuk meraih simpati dan undi di kalangan orang Bukan Islam. Dengan menulis “Ingat!!! Ini Satu Peringatan Teo Nie Ching. Tentera Jihad!!!” adakah pasti pelakunya adalah seorang Islam? Ini mungkin kerja orang DAP sendiri. Ini adalah reverse strategi untuk mendapat simpati. Mereka buat untuk raih simpati orang Islam di seluruh negara terhadap Adun Serdang yang sememangnya bermasalah dengan umat Islam di kawasannnya!

Malangnya musibat-musibat di dalam Malaysiakini mengeluarkan komen yang amat celaka. Aku percaya, mereka ini majoritinya bukan Islam tetapi memandai-mandai menghina Islam termasuk peribadi Rasulullah. Kalau nak hina kerajaan tu aku tak kisah la, dah memang Malaysiakini tu puak pembangkang (sekali lagi baca pembangang) yang sponser untuk ia beroperasi, tapi kalu dah sampai tahap hina Islam tu, kira dah celaka sangat la.

Lihat saja bagaimana si musibat-musibat (sini) khususnya yang menggunakan nama Pure Malaysian:

Sometimes I wonder if Prophet Mohammad would be sad if he saw all these followers of him, being so barbaric, in fact worse than when it was during 'Zaman Jahiliah' (pre-Islamic age of ignorance).

Mengapa si musibat Pure Malaysian ini memandai-mandai menggunakan nama Rasulullah dan bertanyakan sama ada baginda akan bersedih jika melihat pengikutnya melakukan perbuatan berkenaan? Adakah si musibat Pure Malaysia ini berani jamin yang perbuatan ini memang dilakukan oleh seorang Islam, pengikut Rasulullah SAW? Bagaimana jika orang yang melakukannya adalah bukan Islam dan ahli DAP? Mengapa dikaitkan Rasulullah? Bukankah ini bertujuan untuk memburukkan Islam dan imej Rasulullah sendiri sedangkan siapa pelaku sebenar perbuatan berkenaan masih belum diketahui!

Begitu juga dengan di musibat Kongkek dan Anonymous_40eb yang termakan dengan dahyah jahat ini:

Kongkek: Don't worry, YB Teo. Keep up with your good work. By the way, I am a Muslim, a true Muslim unlike those moron(s) who are acting like uncivilised barbarians. Come next general elections, the silent majority will speak.

Anonymous_40eb: Nabi Muhammad mengembangkan Islam dengan proses dakwah selama lebih 40 tahun. Jihad hanya bermula apabila baginda di serang dan di ancam, tapi apakah perlu jihad hanya kerana seorang bukan Islam menyertai aktiviti masjid atau mendekati masjid, apatah lagi didalam keadaan beliau di jemput?
Sebagai seorang Muslim, saya cukup malu dengan sikap mereka yang terlalu mudah mengunakan istilah jihad begini, tanpa mengetahui erti sebenar jihad dan jihad yang bagaimanakah lebih utama dalam kehidupan hari ini.


Bagaimana musibat Kongkek dan Anonymous_40eb ini boleh mengatakan yang mereka sebagai seorang muslim sudah teramat pasti bahawa perbuatan ini telah dilakukan oleh seorang muslim yang lain. Adakah musibat-musibat ini berada di sana ketika pelaku berkenaan melakukannya? Ini satu penghinaan kepada Islam sedangkan kita belum pasti siapa yang melakukannya! Inilah bukti bahawa pendekatan reverse strategi yang mungkin digunakan oleh DAP telah berjaya untuk menarik undi dan simpati orang Islam. Orang Islam sendiri hentam orang Islam tanpa tahu perkara sebenar sedangkan polis masih menyiasatnya. Bodoh!

Kesimpulannya, Malaysiakini berjaya memainkan peranan untuk memastikan kerajaan Melayu Islam di Negara ini berjaya disingkirkan. Pembaca-pembacanya yang mengeluarkan komen tanpa menantikan siasatan selanjutnya dari pihak berkuasa pula adalah bodoh dan bangang kerana tanpa berasa malu mengatakan perbuatan ini dilakukan oleh seorang Islam. Ini adalah satu penghinaan kepada Islam! Pendekatan yang mungkin digunakan DAP dengan meletakkan ayam mati di premis wakil rakyat mereka sendiri telah berjaya untuk meraih simpati.

Buat semua orang Islam, jangan termakan dengan reverse strategi ini. Hanya orang bodoh saja akan mempercayainya. Kepada musibat-musibat Malaysiakini, kalau marahkan BN pun, jangan sampai hina Rasulullah dan agama Islam. Itu sudah melampau. Sabar kami ada batasnya!


P/s Mana penyokong PAS menghilang................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan