Ahad, 15 Ogos 2010

Kenapa setiap individu memerlukan perlindungan takaful?


Persediaan Awal. - Sabda Nabi SAW (lebih kurang maksudnya), ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

1-Sihat sebelum sakit
2-Muda sebelum tua
3-Kaya sebelum miskin
4-Lapang sebelum sempit
5-Hidup sebelum mati

Pentingnya memiliki takaful adalah sebagai persediaan awal sebelum sesuatu perkara yang tidak dirancang berlaku ke atas diri kita seperti di bawah. Umum sedia maklum salah satu dari perkara di bawah pasti akan berlaku ke atas setiap individu:-

-Kematian
-Kemalangan
-Hilang Upaya
-Penyakit

Implikasi dari masalah di atas akan mengakibatkan seseorang itu bakal menanggung risiko berikut:-

1-Hilang punca pendapatan
2-Terpaksa menggunakan wang simpanan untuk membiayai kos rawatan
3-bebanan hutang yang tidak dapat dilangsaikan.

Takaful sebagai cara untuk meminimakan risiko.
- Jika sesuatu perkara yang tidak dirancang berlaku ke atas orang yang telah dilindungi, kesan dan akibatnya dapat di minimakan dengan :-

1-Pembiayaan kos rawatan dan bil hospital melalui Kad Perubatan (Medical Card)
2-Sumber pendapatan kepada ahli keluarga, sekurang-kurangnya untuk menampung kehidupan 3 hingga 5 tahun selepas sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku ke atas orang yang dilindungi.
3-Pampasan dan nilai pelaburan yang diperolehi sekurang-kurangnya dapat membantu ahli keluarga melangsaikan hutang apabila peserta telah ‘tiada’.
4-Melalui manafaat sumbangan percuma oleh Prudential BSN Takaful, jaminan Tabung Pendidikkan anak-anak dapat diteruskan jika ibu/bapa penjaga telah ‘tiada’ atau mengalami hilang upaya atau penyakit kritikal
5-Tabung Pendidikan dan Persaraan.
Kajian menunjukkan 70% pesara menghabiskan wang simpanan KWSP selepas 3 tahun bersara.
Nilai simpanan/pelaburan di Takafulink sekurang-kurangnya dapat membantu menggandakan wang persaraan anda.

ETIQA Takaful sedia membantu anda?

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tingalkan mereka dalam keadaan meminta-minta” - Hadis riwayat Al-Bukhari

" BERSAMA MEMBANTU UMMAH "

Karmizan Bin Karim
012-5369030
Etiqa Takaful,
Agensi Roziah,

1 ulasan:

  1. Nasihat dan peringatan yg baik..
    Ko dah jd wakil insurans rupanya..
    Kalo rajin bk la blog aku..
    Ada la info sesikit utk ko wat sales..

    BalasPadam